Showing posts with label Kerawang Nyonya. Show all posts
Showing posts with label Kerawang Nyonya. Show all posts

Jul 22, 2011

KURUNG CHIFFON KERAWANG NYONYA

 Sulaman bunga sakura dengan kerawang nyonya dihiasi pada tangan dan kaki baju kepunyaan Pn Faridah dari Damamsara.
Sulaman pada tangan baju


KEBAYA SULAM NYONYA

 Tempahan daripada Azura binti Zakaria dari Petronas Twin Tower KL, terima kasih atas tempahaan dan katanya dia puas hati dengan hasil kerja kak Nurr Alhamdulillah.

Jun 22, 2011

CHIFFON BIRU SULAM & KERAWANG NYONYA

 Assalamualikum  tempahan baju kurung chiffon yang di cantikkan dengan sulam dan kerawang nyonya pada tangan dan kaki baju juga milik PUAN dari KL.

Jun 21, 2011

SULAM NYONYA MAWAR MERAH

Assalamualailum, maaf lama tak berkesempatan mengupdate blok sibuk dengan kerja petang yang teramatlah boring. Seperti biasa sulaman nyonya bunga ros pada kaki dan tangan baju milik seorang PUAN dari KL. Terima kasih PUAN kerana masih lagi percaya dengan hasil kerja saya.

Nov 11, 2010

KERAWANG NYONYA XLROS


KN XLROS RM 100
Assalamualaikum, ini adalah tempahan dari Norhana Natrah dari Bandar Bukit Raja , Klang.Tempahan yang ke4 dari beliau katanya baju ni untuk dipakai masa konvo nanti.Tahniah dari KakNurr dan kalau nak tempah kerawang ingat-ingatlah ART OF D'NURR ye dan sekali lagi terima kasih Hana.



Oct 28, 2010

KERAWANG NYONYA BUNGA KEMBOJA

 KNKemboja RM 180.00
Sulaman dan kerawang nyonya dihiasi pada tangan dan kaki baju batik sutera asli tempahan diterima dari KL.

Sep 30, 2010

KERAWANG NYONYA BUNGA SAKURA

KNbunga sakura RM 120.00
 Assalamualaikum Warohmatulloh, terima kasih pada semua pelanggan terutama kekawan yang sentiasa memberi sokongan dan suka dengan hasil kerja kak nurr. Ini adalah  rekaan bunga yang terbaru saiz XL(6 inci )dari kak nurr untuk Aidil Fitri 2010.

Jul 7, 2010

Sulaman nyonya & kerawang sangkut

Sulaman nyonya dan kerawang sangkut ni tak berapa kemas sikit ye, maaf ye Puan sebab  nak cepat siapkan tak pe kita bagi diskaun sikit no. Ini juga tempahan Puan dari KL.

Jun 21, 2010

SULAMAN AYAK &KERAWANG KURSI

Sulaman nyonya dengan kerawang kursi disulam pada tangan dan kaki baju juga baju Pengetua sekolah.

SULAMAN NYONYA & KERAWANG SANGKUT


 Tempahan dari Pengetua sekolah lagi, rasanya ini baju yang ke 6 yang dihantar sekaligus 10 helai sampaikan kering modal nak cari design takut sama dengan yang dah buat.

May 11, 2010

Kerawang Nyonya BaTiK SuTeRa

Kain sutera  memang cantik apabila di tambah seri dengan sulaman kerawang nyonya. Ini adalah reorder dari Norhana katanya baju ini untuk dijadikan hantaran untuk majlis perkahwinannya. Tahniah dari kak dan Selamat Pengantin  Baru semoga berkekalan hingga akhir hayat, Aminnnnnn.

Sulaman Nyonya XL

Tempahan diterima daripada seorang Puan Pengetua di sebuah sekolah tersohor di Kuala Lumpur.Terima kasih kerana berpuas hati dengan hasil tangan saya dan jangan lupa untuk tempah lagi ye....

Kerawang Sangkut & Sulaman Nyonya

Tempahan diterima dari Puan Hjh Kalsom dari P. Pinang. Disulam secara manual menggunakan mesin kaki bukan letrik. Terima kasih Puan atas tempahan.

Mar 15, 2009

KERAWANG NYONYA BUNGA SAKURA


Sekali lagi terima kasih pada RC yang sentiasa menberi sokongan pada saya dan berpuas hati dengan hasil kerja saya, malah bukan setakat itu saja tapi terus memperkenalkan pada kekawan dan kaum kerabat. Sesungguhnya tanpa anda semua siapalah saya.........

KERAWANG DAN SULAMAN NYONYA


Ini juga tempahan dari RC sulaman pada kaki dan tangan baju.Maaf gambat tak berapa jelas kali ini.

KERAWANG NYONYA BUNGA MATAHARI


Sama juga kerawang nyonya cuma kali ini disulam pada kaki dan tangan baju. Ini kehendak pelanggan katanya dia suka bunga besar baru nampak cantik, ye la jawatan pun besar seorang pegawai kumpulan A kata orang executivekan mesti penampilan tu menarik dari anak buahkan?

KERAWANG NYONYA


Seperti biasa tempahan diterima dari RC cuma kali ni beliau nak sulaman nyunya katanya kemas dan cantik, inilah hasilnya ok nak tau apa nama kerawang tu? ini dinamakan kerawang sangkut bila kita jahitkannya kita kena sangkutkan ia antara satu dengan yang lain.

Jan 30, 2009

KERAWANG DAN SULAMAN NYONYA


Tempahan dari Pn St Baizura dari Sungai Petani, dia suka pada bunga yang kecil disulam pada tangan dan kaki baju, orangnya pun kecil molek, comel gitu........

Jan 29, 2009

KERAWANG SERONG


Bunga dijahit menggunakan kaedah sulam nyonya diserikan dengan kerawang serong.